DALAM artikel sebelum ni, saya ada berkongsi cara untuk memulakan simpanan emas fizikal berketulenan 999.9 (24K) dengan cara yang betul, mudah dan selamat.
Terdapat beberapa kaedah belian emas fizikal di Public Gold, dan anda boleh mulakan simpanan emas mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan anda:
Cara 1: Outright Purchase - Bayaran Penuh
- Belian emas secara full payment;
- Sesuai untuk pelanggan yang mempunyai bajet RM1,700.00 ke atas;
- Boleh ambil emas fizikal di cawangan Public Gold atau request GIT (pos berinsuran ke rumah).
Cara 2: Outright Purchase - Bayaran Syariah EPP
- Belian emas menggunakan Syariah Easy Payment Purchase (EPP) secara bayaran bulanan 6 atau 10 kali;
- Sesuai untuk pelanggan yang mempunyai bajet RM200 ke atas setiap bulan (ada bajet tetap);
- Ada komitmen bulanan;
- Tak boleh skip bayaran bulanan;
- Selesai bayaran boleh ambil emas fizikal di cawangan Public Gold atau request GIT (pos berinsuran ke rumah).
Cara 3: Akaun Emas GAP
- Simpan emas melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP);
- Sesuai untuk pelanggan yang mempunyai bajet kecil serendah RM100;
- Tiada komitmen bulanan;
- Tiada yuran dan caj simpanan;
- Boleh buat Auto Debit – sesuai untuk mereka yang ingin disiplinkan diri menyimpan;
- Emas boleh dijual untuk dapatkan tunai;
- Emas fizikal sekecil 1 gram (999.9) boleh dikeluarkan bila-bila masa, dan ambil di cawangan Public Gold atau request GIT (pos berinsuran ke rumah);
- TERKINI: Pengeluaran emas fizikal juga boleh dibuat di gold ATM Public Gold di Menara Public Gold, cawangan Public Gold Bangi dan cawangan Public Gold Ampang.
Urusniaga jual-beli emas melalui Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh firma syariah terkemuka iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
VIDEO TUTORIAL
CARA MEMBELI EMAS FIZIKAL MELALUI OUTRIGHT PURCHASE – BAYARAN PENUH [CARA 1] DAN BAYARAN SYARIAH EPP [CARA 2]:
VIDEO TUTORIAL
CARA MEMBELI EMAS FIZIKAL MELALUI AKAUN EMAS GAP [CARA 3]:
Klik butang di bawah untuk semak harga emas 👇🏻
Klik butang di bawah untuk daftar akaun Public Gold 👇🏻