MENJADIKAN dinar emas sebagai mas kahwin telah menjadi trend pada masa kini. Dengan pelbagai ciri istimewa pada emas itu sendiri, semestinya dinar emas adalah hadiah terbaik untuk isteri tersayang, yang akan memberikan nilai sentimental yang tinggi dan memori indah sepanjang hayat.
APA ITU MAS KAHWIN?
Mas Kahwin atau mahar menurut syarak adalah merupakan suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Pemberian mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri.
PERSIAPAN AKAD NIKAH
Sebelum menetapkan dinar emas sebagai mas kahwin, sebaiknya kedua pihak keluarga lelaki dan perempuan berbincang terlebih dahulu. Sekiranya dipersetujui, boleh diperincikan lagi perbincangan mengenai jumlah dinar untuk mas kahwin dalam majlis perkahwinan nanti.
Sekiranya telah ada persetujuan, contohnya mas kahwin adalah 1 dinar emas, maka pihak keluarga hendaklah memaklumkan kepada jurunikah/ tok kadi sebelum berlangsung majlis akad nikah. Ini adalah kerana mas kahwin akan disebut semasa akad nikah nanti. Perlu juga dibincangkan sama ada nilai dinar dalam Ringgit Malaysia (RM) perlu dinyatakan dalam akad nikah. Ini penting untuk memastikan semua pihak jelas dan majlis berjalan dengan lancar.
Lazimnya, dinar emas untuk mas kahwin akan diletak dalam frame dan dihias mengikut kreativiti masing-masing. Dinar emas juga boleh disediakan dengan menggunakan nilai dinar yang lebih kecil agar boleh disusun dan dihias dengan menarik. Contohnya, untuk 1 dinar boleh disediakan 2 keping 1/2 dinar (2x 1/2 dinar) atau 4 keping 1/4 dinar (4x 1/4 dinar). Untuk makluman, Public Gold ada mengeluarkan produk dinar emas bernilai 1/4 dinar (1.0625 gram) dan 1/2 dinar (2.125 gram).
KELEBIHAN DINAR EMAS SEBAGAI MAS KAHWIN
Penggunaan dinar emas sebagai mas kahwin mempunyai banyak kelebihan yang signifikan, antaranya:
1. Mas kahwin akan bertahan lebih lama kerana ada nilai sentimental dan akan ada rasa sayang untuk dijual.
2. Dinar emas adalah aset simpanan yang stabil dan nilainya berpotensi meningkat naik untuk jangka panjang.
3. Boleh dipajak untuk dapatkan wang tunai jika ada keperluan kewangan pada bila-bila masa.
STRATEGI SIMPAN EMAS UNTUK MAS KAHWIN
Anda boleh mulakan simpanan emas dengan akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. Dengan akaun emas GAP, anda boleh menabung emas (serendah RM 100) mengikut bajet dan keselesaan anda.
Apa yang penting adalah anda mesti menyimpan emas secara konsisten setiap bulan. Sebagai contoh, jika mas kahwin adalah 1 dinar (4.25 gram) dan anda menabung 1 gram setiap bulan, anda akan dapat mencapai matlamat simpanan anda dalam tempoh 5 bulan. Lebih banyak gram yang anda simpan setiap bulan, maka lebih cepat anda capai target simpanan.
Sekiranya anda ingin memulakan simpanan emas dengan cara yang mudah dan selamat, boleh hubungi saya untuk bimbingan. Klik butang di bawah 👇🏻
Kesimpulannya, pemberian mas kahwin dalam bentuk dinar emas semestinya hadiah yang unik dan istimewa, asalkan ianya tidak membebankan dan mendapat persetujuan kedua pihak keluarga.
Semoga bermanfaat.
Anda belajar sesuatu yang baru hari ni? Sila share artikel ni kepada rakan-rakan yang lain, sharing is caring
Jom sertai group Telegram Info Emas, klik butang di bawah 👇🏻