SAYA akui agak lambat untuk celik tentang ilmu simpanan emas. Saya hanya menyedari kelebihan emas sebagai aset simpanan apabila membaca blog Jutawan Emas milik mahaguru emas Tuan Syukor Hashim sekitar tahun 2008 dulu.
Melalui pembacaan di blog beliau, saya dapati ramai penyimpan emas pada ketika itu yang menghadapi kesukaran untuk membeli emas (khususnya syiling emas) disebabkan kekurangan stok. Malah terdapat juga penyimpan emas yang menghadapi kesukaran untuk menjual semula emas mereka disebabkan keadaan fizikal emas yang telah calar, bengkok atau kemek.
Kemunculan Public Gold adalah tepat pada masanya kerana ianya telah menyelesaikan banyak cabaran yang dihadapi penyimpan emas sebelum ini. Ini adalah kerana membeli dan menyimpan emas Public Gold mempunyai banyak kelebihannya, di antaranya:
1. DIPERCAYAI
Public Gold merupakan syarikat jual beli emas dan perak yang terbesar di Malaysia. Public Gold juga menyediakan dan menguruskan aktiviti perdagangan emas yang merangkumi perlombongan dan penapisan emas. Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Y.Bhg Dato’ Wira Louis Ng, Public Gold kini mempunyai pelanggan berdaftar yang telah mencecah lebih 1.3 juta orang! Dengan track record yang baik sepanjang lebih 15 tahun beroperasi, Public Gold semestinya sebuah syarikat yang berkredibiliti dan dipercayai ramai. Anda tidak perlu risau untuk membeli produk emas di Public Gold. Setiap produk yang dijual seperti gold bar dan dinar akan disertakan dengan sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer bebas.
2. PATUH SYARIAH
Urusniaga jual-beli emas di Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh firma syariah terkemuka iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang diterajui oleh Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar. Beliau adalah merupakan mantan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia, dan mantan Pengerusi SAC Suruhanjaya Sekuriti untuk tempoh lebih dua dekad. Justeru, anda boleh membeli dan menjual emas fizikal di Public Gold dengan penuh yakin kerana proses urusniaga telah disahkan berlandaskan hukum syarak oleh Panel Syariah Public Gold.
3. PELBAGAI PILIHAN CARA BELIAN
Bagi memudahkan para pelanggan memiliki emas fizikal, Public Gold menawarkan pelbagai pilihan cara belian seperti kaedah outright purchase bayaran penuh atau Syariah Easy Payment Plan (EPP). Selain itu, pelanggan juga boleh mulakan simpanan emas serendah RM100 dengan akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Dengan akaun emas GAP, anda boleh membeli dan menabung simpanan emas mengikut bajet dan keselesaan anda, dan tiada sebarang yuran dan caj simpanan dikenakan. Anda juga boleh keluarkan emas fizikal sekecil 0.5 gram dari akaun emas GAP pada bila-bila masa.
4. KADAR SPREAD KOMPETITIF
Spread adalah kriteria penting jika anda inginkan keuntungan maksimum dalam emas. Kadar spread dikira dalam bentuk peratus, iaitu peratus perbezaan antara harga semasa belian dan harga emas semasa jualan semula. Semua syarikat dan bank komersil yang menjual emas mempunyai kadar spread masing-masing. Spread produk emas Public Gold hanya 6%–9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang dipilih. Semakin rendah spread adalah lebih baik. Contohnya, katakan harga emas naik sebanyak 10% dan spread 6%, jika anda jual emas pada ketika itu maka anda dah boleh untung 4%. Kebanyakan kedai emas mengenakan spread sekitar 15%-20%, bermakna anda perlu menunggu harga emas naik lebih 20% untuk mendapatkan keuntungan! Oleh sebab itu jika nilai spread tinggi, maka lebih lama tempoh masa yang anda perlukan untuk memperolehi keuntungan apabila menjual emas.
5. JAMINAN BELIAN BALIK
Public Gold memberi jaminan untuk membeli balik emas keluaran syarikat dengan harga yang tinggi (harga “PG Buy”) walaupun emas tu calar, bengkok atau kemek asalkan berat item masih sama. Harga belian balik “PG Buy” boleh dirujuk di laman web atau aplikasi (app) rasmi Public Gold. Public Gold juga mempunyai keupayaan untuk membeli balik emas dalam jumlah yang besar. Oleh itu, semua pelanggan yang beli emas Public Gold ni memang peace of mind lah kan. Sebabnya sesetengah syarikat yang lain sangat cerewet, dan akan tolak harga dengan banyak jika emas calar, bengkok, kemek, hilang resit atau buka sarung plastik. Manakala di sesetengah bank pula, mereka tak terima jika emas calar, bengkok atau kemek.
6. SISTEM ONLINE 24 JAM SEHARI
Urusniaga jual beli emas di Public Gold adalah sangat mudah. Ianya boleh dilakukan secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Semuanya di hujung jari sahaja mengikut keselesaan anda. Harga emas di Public Gold bagi belian outright purchase akan dikemaskini setiap 20 minit. Sekiranya harga emas turun pada waktu malam, anda boleh lock harga dulu (pada harga rendah). Harga belian anda “fixed” ikut harga yang telah anda lock, walaupun harga emas naik semula pada esok hari! Inilah kelebihan apabila menggunakan sistem online di Public Gold. Dengan kemudahan online, anda boleh dapatkan harga terbaik sama ada membeli atau menjual pada bila-bila masa.
7. STOK SENTIASA ADA
Kalau dulu memang sukar untuk dapatkan stok emas fizikal seperti syiling emas di bank atau gold bar di kedai emas ketika harga emas tengah turun. Kini anda tak perlu risau kerana masalah kehabisan stok ni tak berlaku di Public Gold. Ini adalah kerana Public Gold merupakan syarikat emas dan perak terbesar di Malaysia, so memang stok emas sentiasa ada dan anda boleh beli pada bila-bila masa sahaja. Kalau harga emas turun, anda boleh borong lebih banyak untuk tambah aset simpanan emas mengikut bajet dan keselesaan anda.
8. DITERIMA MELUAS OLEH AR-RAHNU
Sekiranya anda memerlukan wang tunai segera sama ada untuk keperluan peribadi atau urusan bisnes, anda boleh pajak emas Public Gold di mana-mana syarikat Ar-Rahnu. Dengan cara ini, anda boleh mendapat wang tunai tanpa perlu menjual emas anda. Emas fizikal Public Gold diterima secara meluas oleh hampir semua syarikat Ar-Rahnu di Malaysia termasuk POS Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat.
9. BANYAK CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA
Ketika artikel ini ditulis, Public Gold telah mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia. Saya pasti lebih banyak cawangan baru akan dibuka pada masa akan datang selari dengan pertambahan jumlah pelanggan yang kini telah melebihi 1.3 juta orang! Pembukaan cawangan yang banyak akan memberikan sokongan terhadap operasi syarikat, serta akan memudahkan semua pelanggan Public Gold untuk melakukan pelbagai urusan seperti mengambil dan menjual semula emas, menjual emas terpakai dan sebagainya.
"BIMBINGAN PERCUMA"
Selain 9 kelebihan di atas, anda juga akan menerima bimbingan percuma daripada introducer (dealer aktif) selepas anda mendaftar sebagai pelanggan di Public Gold. Sebagai introducer, mereka bertanggungjawab kepada anda untuk kongsikan ilmu, tips, berita dan maklumat terkini tentang perkembangan industri emas, promosi serta menjawab segala pertanyaan anda dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, penting untuk anda memastikan bakal introducer anda nanti adalah seorang Dealer yang Aktif.
Sekiranya anda baru hendak mendaftar akaun Public Gold, saya sedia untuk bantu dan bimbing anda sebagai introducer. Pendaftaran akaun adalah mudah dan percuma, dan anda boleh mulakan simpanan emas serendah RM100 sahaja. Klik button di bawah untuk panduan step by step cara pendaftaran 👇🏻