ADA yang kata domain (domain name) dan laman web (website) tu benda yang sama, betul ke?

Ya, mungkin nampak sama, tapi sebenarnya memang tak sama hehe… Okay, jom baca kat bawah nie…

DOMAIN

Secara ringkasnya, domain adalah alamat kepada sesuatu laman web. Contohnya, seperti blog ini – domain adalah hamirul.com. Domain juga boleh digunakan sebagai alamat emel, contohnya “emel@hamirul.com”. Domain boleh dimiliki dengan mendaftar melalui pendaftar domain, dan di antara yang popular adalah Dynadot, GoDaddy dan NameCheap. Domain adalah seperti ‘papan tanda’ di internet. Domain juga melambangkan jenama perniagaan anda. Sebagai contoh, syarikat tambang murah AirAsia adalah pemilik kepada jenama dan domain AirAsia.com.

LAMAN WEB

Domain boleh dibangunkan menjadi laman web. Anda memerlukan web hosting dan perisian/ aplikasi tertentu untuk tujuan ini. Membina kedai fizikal dan laman web sebenarnya mempunyai persamaan. Berikut adalah persamaan dari segi keperluan untuk keduanya:

Keperluan Kedai Fizikal Keperluan Laman Web
Tapak/ Ruang Kedai Hosting
Bahan Binaan Perisian/ Aplikasi
Papan Tanda Domain

 

Laman web boleh berfungsi sebagai platform urusniaga bagi perniagaan di internet. Sebagai contoh, laman web AirAsia adalah platform bagi pembelian tiket penerbangan secara online.

Anda dah nampak perbezaan domain dan laman web? Sila share artikel ni kepada rakan-rakan yang lain, sharing is caring smile