SEBELUM nak setup bisnes, anda mesti dah ada macam-macam idea untuk nama brand (jenama) yang nak digunakan, betul tak? 🙂
So, pastikan anda baca dulu 5 tips penting kat bawah ni:
1. KUALITI
Pastikan nama brand anda catchy, pendek dan ringkas supaya audience atau prospek anda senang nak ingat. Sebagai contoh, cuba perhatikan brand besar seperti SONY, ASUS dan BONIA – semuanya memang catchy, pendek dan ringkas, setuju?
So, dengan memiliki nama brand yang gempak macam ni anda sebenarnya berada selangkah di hadapan pesaing-pesaing anda!
2. SEMAKAN CAP DAGANGAN
Pastikan anda semak dulu nama brand yang hendak digunakan di laman web MyIpo untuk rekod Cap Dagangan (trademark, TM).
Sekiranya nama brand pilihan anda tu dah didaftar trademark oleh pihak lain, anda perlu tukar nama brand bagi mengelak daripada sebarang implikasi undang-undang pada masa hadapan.
3. NAMA DOMAIN
Pastikan domain .COM atau .COM.MY untuk nama brand anda tu available dan boleh didaftar. Sekiranya bisnes anda untuk pasaran luar negara, anda wajib menggunakan domain .COM. Gunakan Dynadot, NameCheap atau GoDaddy untuk semakan domain yang nak didaftar.
4. MEDIA SOSIAL
Pastikan nama brand anda tu available untuk pendaftaran akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan sebagainya. Sebaiknya, pastikan nama yang sama dan seragam didaftarkan bagi setiap akaun media sosial.
5. LOGO
Pastikan nama brand anda tu ada logo yang menarik. Logo adalah wajib dan memang sebahagian daripada teknik branding. Sekiranya anda tidak mempunyai kepakaran mencipta logo, anda boleh tempah servis rekabentuk logo di laman web Fiverr dengan harga serendah USD $5!
Anda belajar sesuatu yang baru hari ni? Sila share artikel ni kepada rakan-rakan yang lain, sharing is caring