SEBAGAI pemilik perniagaan, memiliki jenama (brand) sendiri adalah wajib bagi menonjolkan keunikan dan kredibiliti anda. Dalam pemasaran online, anda juga wajib memiliki nama domain .COM untuk brand anda sendiri.
Katakan anda telah memilih satu nama brand, tetapi domain .COM untuk brand itu telah didaftar oleh pihak lain. Apa yang perlu anda buat?
Ok, jom kita lihat contoh berikut:
Katakan anda ingin menjalankan perniagaan makanan (F&B) iaitu menjual pizza dan nama brand anda adalah “Pizza Steak”. Anda ingin menggunakan nama PizzaSteak dengan extension .COM, tetapi kemudian anda dapati ianya telah diambil.
Dalam situasi ini, anda mempunyai dua (2) pilihan, iaitu:
Opsyen A: Membeli domain .COM daripada pemilik asal
Dengan cara ini, anda mempunyai peluang untuk memiliki domain yang tepat dengan nama brand anda, tetapi ianya mungkin melibatkan kos yang tinggi dan memakan masa yang lama sekiranya berlaku tawar-menawar dalam proses belian. Sila baca Tip #1 – #3 di bawah:
Tip #1: Periksa samada domain tersebut dalam keadaan parking. Biasanya domain yang parking memang untuk dijual, dan ada button “Buy Now” atau borang untuk anda menghubungi pemilik domain.
Tip #2: Periksa laman web GoDaddy Marketplace atau Sedo. Di ruangan carian, periksa nama domain tersebut. Sekiranya tersenarai, nama domain tu memang untuk dijual.
Tip #3: Periksa maklumat pemilik domain melalui WHOIS. Anda boleh berhubung dengan pemilik melalui emel dan maklumkan anda berminat untuk membeli.
Opsyen B: Mendaftar nama domain alternatif
Anda boleh memiliki domain yang bersesuaian dengan brand anda, dengan kos yang rendah iaitu sekitar USD $10 sahaja. Sila baca Tip #4 – #9 di bawah:
Tip #4: Letakkan sengkang (dash) pada domain. Sebagai contoh Pizza-Steak, dan semak sekiranya domain .COM boleh didaftar.
Tip #5: Letakkan huruf “S” atau “Z” di penghujung nama domain. Sebagai contoh PizzaSteaks atau PizzaSteakz, dan semak sekiranya domain .COM boleh didaftar. Tips ini mungkin kurang sesuai sekiranya nama domain tersebut tidak tepat dari segi grammar. Walaubagaimapun, untuk tujuan branding cara ini kadang kala sesuai, dan anda mungkin juga boleh pertimbangkan untuk menggunakan nama domain ini sebagai brand anda yang baru.
Tip #6: Tambahkan satu perkataan yang sesuai pada domain. Sebagai contoh ThePizzaSteak atau PizzaSteakWeb, dan semak sekiranya domain .COM boleh didaftar.
Tip #7: Tambahkan “2u” atau “4u” di hujung domain. Sebagai contoh PizzaSteak2u, dan semak sekiranya domain .COM boleh didaftar.
Tip #8: Tambahkan nombor 247 atau 360 di hujung domain. Sebagai contoh PizzaSteak247, dan semak sekiranya domain .COM boleh didaftar. Saya yakin anda pasti faham maksud nombor-nombor nie.
Tip #9: Gunakan extension .NET atau .MY sebagai ganti, dan semak sekiranya boleh didaftar.
Anda belajar sesuatu yang baru hari ini? Sila share artikel ni kepada rakan-rakan yang lain, sharing is caring