DENGAN teknologi internet, semua perniagaan pada hari ini boleh berkembang dengan pantas merentasi sempadan.

Anda masih berniaga secara offline? Sekiranya anda ingin ‘meletupkan’ jualan, segera online kan bisnes anda hari ini juga!

Bagi anda yang berniaga secara online 100% melalui media sosial, anda wajib memiliki domain dan membina laman web perniagaan anda hari ini juga!

Kenapa saya kata begitu?

Sila baca dan teliti 5 sebab berikut:

1. KREDIBILITI JENAMA ANDA

Memiliki laman web perniagaan dengan sendirinya akan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda. Lihat sahaja syarikat-syarikat gergasi seperti AirAsia dan AliBaba, mereka mempunyai laman web perniagaan masing-masing. Laman web perniagaan juga akan meningkat kepercayaan bakal pelanggan anda.

2. MENGUKUHKAN DAN MELINDUNGI JENAMA ANDA

Domain adalah unik dan hanya boleh dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Oleh itu, memiliki domain .COM sendiri adalah wajib bagi melindungi jenama perniagaan anda!

3. KAWALAN SEPENUHNYA PERNIAGAAN

Dengan memiliki laman web perniagaan sendiri, anda mengawal sepenuhnya aktiviti perniagaan anda. Terpulang kepada anda bagaimana untuk design laman web, menulis copywriting, dan sebagainya tanpa sebarang kebimbangan. Ini berbeza jika anda berniaga di media sosial, anda harus berhati-hati dengan segala macam peraturan yang rumit dan memeningkan. Silap langkah, bila-bila masa sahaja akaun media sosial anda boleh dipadam atau dibekukan!

4. MUDAH UNTUK PROMOSI

Dengan laman web sendiri, anda lebih mudah untuk promosikan perniagaan anda. Sebagai contoh, jika saya ingin promosikan blog ni, saya hanya perlu berikan domain – hamirul.com. Mudah bukan?

5. MUDAH DICARI DI ENJIN CARIAN

Laman web yang dioptimasikan dengan teknik Search Engine Optimization (SEO) akan lebih mudah dijumpai di enjin carian utama seperti Google berbanding akaun media sosial anda. Ini membolehkan laman web anda mendapat trafik yang berkualiti secara organik dan percuma.

Anda belajar sesuatu yang baru hari ni? Sila share artikel ni kepada rakan-rakan yang lain, sharing is caring smile