BERITA baik untuk semua pelanggan Public Gold yang memiliki simpanan emas di akaun Gold Accumulation Program (GAP), bermula 20 Jun 2024 anda boleh mengeluarkan emas dari akaun GAP di mesin gold ATM Public Gold.
Untuk fasa pertama ini, Public Gold telah menyediakan kemudahan pengeluaran emas GAP di tiga (3) lokasi iaitu di Menara Public Gold, Public Gold Ampang dan Public Gold Bangi.
Kemaskini 26 Jun 2024: Kemudahan pengeluaran emas GAP telah diperluaskan di empat (4) lokasi baru iaitu di Public Gold Alor Setar, Public Gold Sungai Petani, Public Gold Ipoh dan Public Gold Kuantan.
Kemaskini 18 Julai 2024: Kini anda boleh lakukan pengeluaran emas GAP di SEMUA mesin gold ATM Public Gold di seluruh Semenanjung Malaysia!
Saya difahamkan bahawa ini adalah fasa percubaan. Sekiranya semuanya berjalan dengan baik, kaedah pengeluaran ini akan diperluaskan ke seluruh negara. Syabas Public Gold!
Sekiranya anda ingin memulakan simpanan emas dengan cara yang betul, boleh mula simpan emas serendah RM 100 di akaun emas GAP Public Gold. Pendaftaran adalah mudah dan percuma.
Klik butang “Daftar Akaun Public Gold” di bawah untuk panduan pendaftaran step by step: